KEBAHAGIAAN YANG SUKAR UNTUK DICAPAI





Sesetengah orang akan berfikir bahawa kebahagiaan itu amat mudah untuk dicapai tetapi sesetengah orang tidak mudah untuk merasai kebahagiaan kerana hujan yang menimpa di hidup mereka. Sudah pasti, hampir semua orang mahu kebahagiaan pada keluarga mereka, pasangan, rakan dan sebagainya. Untuk kita mendapat kebahagiaan, kita perlulah mengatasi segala rintangan dan dugaan yang diberikan oleh Allah dan sudah pasti rintangan dan dugaan itu bukan sesuatu yang mudah bagi kita. Ia merangkumi perasaan, tekanan, kesabaran dan banyak lagi. Ada banyak hikmah yang kita tidak pun mengetahui apabila mengatasi dugaan itu. Sudah pasti segala apa yang berlaku, pasti ada jalannya. Kadang-kadang dugaan yang diberikan oleh Tuhan amat besar sehingga boleh berlakunya perpecahan antara keluarga dan tangisan tanpa henti.




Ketika dugaan itu terjadi, satu-satunya cara untuk kita mengatasinya adalah berdoa. Berdoalah tanpa henti dan minta pertolongan Tuhan kerana Tuhan akan sentiasa menunjukkan kebenaran. Kebenaran pasti akan memberhentikan segalanya sekiranya tiada kepercayaan antara satu sama lain. Tuhan itu lebih mengetahui dan Maha Adil.



''Atas dasar itulah Allah S.W.T. menurunkan ujian kepadanya supaya dia berdoa dan merayu kepada Allah agar dipermudahkan jalan penyelesaian buat ujian yang dihadapinya.''



Hanya orang kuat akan diduga oleh Allah S.W.T. Harus juga diingat bahawa segala ujian yang Allah S.W.T. berikan juga hanyalah mengikut kemampuan seseorang itu. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 mafhumnya: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…”

Melalui ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa ujian yang diturunkan kepada kita itu tidaklah terlalu berat sehingga kita tidak mampu untuk memikulnya. Allah Maha adil. Allah sesekali tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka hadapi.


Sabar itu separuh daripada iman. Terdapat satu kata pujangga yang sangat menarik untuk didengari berkaitan dengan sabar iaitu ’orang yang kuat adalah orang yang mampu sabar dan menahan marahnya.’

''Ini sememangnya benar. Tidak semua manusia mampu bersabar. Apabila mendapat sesuatu masalah atau musibah, kita lebih suka mengeluh daripada bersabar.''

Sifat sabar itu sememangnya nampak mudah tetapi amat sukar untuk kita milikinya. Nescaya Allah akan memberikan lebih ganjaran kepada kita berkat kesabaran yang dimiliki itu. Selain itu, Ustazah saya pernah mengatakan, selain bersabar, kita juga perlulah sentiasa berfikiran positif apabila menghadapi dugaan yang besar. Perkara penting yang menguasai perlakuan kita adalah pemikiran kita sendiri ataupun dipanggil mindset. Tetapkanlah di dalam minda bahawa setiap ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya. Yakinlah juga bahawa setiap dugaan yang didatangkan itu akan ada bersamanya suatu hikmah. Sentiasalah berfikiran positif ketika menghadapi ujian Allah.

Beristighfar juga amat membantu kerana sesungguhnya dengan beristighfar dapat menenangkan sedikit hati yang sedang lara. 

''Tidak dinafikan, berat sekali mulut kita untuk beristighfar ketika ditimpa ujian, malah mulut kita lebih ringan untuk mengungkap kata-kata kesat bagi melepaskan tekanan yang dihadapi.''

Saya pernah menghadapi ujian Allah yang amat besar dalam keluarga dan tiada sesiapa pun tahu betapa sakitnya perasaan saya ketika itu dan begitu sukar bagi saya untuk mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia seperti orang lain. Setiap kali keluarga saya bahagia untuk sementara, pasti selepas itu ia akan menjadi kucar kacir. Pada mulanya amat sukar untuk saya memahaminya tetapi sekarang semuanya berakhir, maka saya pasti mengapa ia berlaku kepada saya. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

''Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!''

Kesimpulannya, saya tahu sekarang bahawa dugaan yang saya terima adalah kerana tanda Tuhan sayang pada umatnya. Walau apa pun yang terjadi, sentiasa ingat akan Allah dan bersabar kerana yang baik itu akan pastinya datang dekat kita suatu hari nanti.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAK PERLU MENGEJAR CINTA MANUSIA

MEMARTABATKAN ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

SENI ITU INDAH SEINDAH ISLAM