MEMARTABATKAN ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

Kami telah diberikan topik untuk dibincangkan bersama dan tajuk bagi topik yang diberikan kepada kami adalah 'Tanggungjawab Remaja Memartabatkan Islam'. Sebaik sahaja kumpulan kami menerima topik tersebut, kami telah bekerjasama mencari maklumat dan idea kami tentang topik ini di Cafe Politeknik Ibrahim Sultan.





PERTAMA adalah remaja islam haruslah meningkatkan kefahaman terhadap agama islam. Sebagai contoh, remaja boleh mendapatkan teladan dari Nabi Muhammad S.A.W kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah salah satu contoh bagi setiap umat islam yang ingin menjalani kehidupan yang sempurna. Remaja boleh mengenali cara kehidupan Nabi Muhammad untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam agama Islam seperti mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W iaitu memulakan sesuatu perkara dengan niat dan bacaan bismillah.

KEDUA  adalah remaja perlu mempelajari ilmu agama yang tepat dan jelas namun di waktu yang sama tidak meninggalkan bidang pengkhususan masing-masing. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada menambah perkara-perkara yang tidak bersekutu dengan agama islam yang asal dan dinamakan dengan Bid'ah Hasanah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda; 'Barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara baru dalam urusan kami ini, perkara yang tidak bersekutu denganNya, maka ia ditolak kewajipan pemuda-pemuda Islam untuk memahami ajaran secara berperingkat-peringkat. Begitu juga dengan amalan untuk melaksanakan ajaran islam.'

KETIGA untuk mengukuhkan lagi peranan remaja dalam memartabatkan agama islam ialah remaja perlu memperbaiki sahsiah diri mereka itu sendiri dengan menjaga solat lima waktu.Remaja yang mencintai Allah adalah remaja yang mematuhi perintah dan meninggalkan laranganNya.Allah sayang akan golongan muda yang beriman kepadaNya.Apabila remaja mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut remaja akan terpelihara daripada melakukan perkara yang tidak baik ,kerana Allah sentiasa melindungi hambanya yang sentiasa beriman kepadanya.

KEEMPAT remaja mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.Remaja kita juga harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Selain itu,remaja perlu menghadiri kelas atau majlis ilmu untuk memertabatkan lagi agama islam.Degan menghadiri kelas atau majlis ilmu,mereka dapat mempelajari sesuatu dan mereka dapat menginsafi diri mereka agar berubah ke arah yang lebih baik.

KELIMA seorang remaja tidak semestinya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap sesama muslim sahaja.Kepada orang yang bukan muslim,sewajarnya mereka juga turut dibantu dalam hal-hal yang dibolehkan dalam islam.Seseorang remaja itu dapat membantu orang yang bukan muslim dengan menghulurkan pertolongan dan kebajikan kepada mereka.Perkara ini sebebarnya mesti dijalankan kerana orang bukan islam harus melihat nilai-nilai murni dalam islam agar mereka tertarik dengan islam dan seterusnya berminat untuk mendalami islam.






'TAKE EVERYDAY AS A CHANCE TO BECOME A BETTER MUSLIM'

Comments

Popular posts from this blog

TAK PERLU MENGEJAR CINTA MANUSIA

SENI ITU INDAH SEINDAH ISLAM