SENI ITU INDAH SEINDAH ISLAM
Pada hari ini pula, kelas kami telah mempelajari satu topik baru iaitu mengenai ''SENI'' tetapi bukan seni yang kami pelajari. Kami mempelajari keindahan tentang seni dalam islam, seni yang lebih bermanfaat bagi kami semua.
APA ITU SENI?
= Kesenian mempunyai peranan yang penting dalam membangunkan nilai-nilai kemanusiaan serta membangunkan nilai-nilai kemanusiaan serta membangunkan masyarakat bertamadun kerana bagi Islam, kesenian ada kaitan dengan pembangunan akal budi manusia.
= Oleh itu, seorang seniman yang hendak menghasilkan bahan seni, perlu terlebih dahulu memahami dan menyelami hakikat ajaran Islam kerana ajaran itulah yang hendak disampaikan menerusi karya tersebut, tidak kira bidang lukisan, muzik, seni bina, seni pentas, atau seni tampak. Lantas keseniaan Islam berperanan mendidik manusia supaya menjadi insan yang lebih baik, yang lebih halus akal budinya yang lebih hampir kepada Penciptanya.
Selepas kami mengetahui apa itu seni, Ustazah kami menceritakan kepada kami satu kisah yang menarik mengenai 'Taj Mahal' yang berada di negara India. Taj Mahal tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia (the seventh wonder of the world) dan ia juga sememangnya memiliki kehalusan seni bina yang amat tinggi serta sukar ditandingi. Seperti diketahui bahawa kaisar Shah Jahan adalah kaisar kerajaan Mughal yang punya kekayaan berlimpah. Kecintaannya pada sang isteri membuat ia sengaja menggelontorkan dana besar untuk membangunkan bangunan bersejarah yang memiliki banyak keunikan ini dan memulai sejarah asal usul Taj Mahal di masa depan.
Kecintaan Raja Shah Jahan yang begitu besar pada isteri ketiganya itu kemudian harus menemui badai pelik. Saat melahirkan anak ke 14 mereka, tepatnya pada tahun 1631 Mumtaz Mahal meninggal dunia. Di sinilah tepat sejarah asal usul Taj Mahal dimulai. Kepergian Mumtaz menjadi pukulan berat bagi Raja Shah Jahan. Dalam kepiluannya itu, Shah Jahan pun berjanji untuk tidak akan menikah lagi. Ia pun bersumpah akan membangunkan sebuah makam yang sangat megah untuk isteri kesayangannya itu. Untuk mewujudkan sumpahnya yang kedua, Shah Jahan meminta Ustadz Ahmad selaku Menteri di Kekaisaran Mughal untuk merancang Taj Mahal. Sang Ustadz yang menerima titah, langsung bergerak cepat. Ia mengumpulkan 20.000 pekerja yang terdiri dari pengukir, tukang bangunan, tukang batu, dan tukang emas. Untuk arsiteknya sendiri Ustadz ahmad meminta Isa Muhammed untuk merancang bangunan ini dan mengambil bagian penting dalam sejarah asal usul Taj Mahal. Mulai dari tahun 1630 hingga tahun 1653, pembangunan Taj Mahal terus dikebut. Sebanyak 44 jenis batu permata, seperti jed, kristal, berlian, topaz, dan nilam digunakan sebagai interior untul memperindahkan Taj Mahal. Bangunan ini dibuat dengan pola simetris, di mana makan Ratu Mumtaz Mahal tepat berada di tengahnya. Selepas Taj Mahal ini sudah siap dibina, Ustazah kami mengatakan bahawa Raja tersebut membunuh Arkitek itu kerana beliau tidak mahu idea Arkitek itu dibocorkan di mana-mana kerana beliau mahu Taj Mahal ini menjadi tempat yang istimewa dan lain daripada yang lain manakal pekerja yang membina Taj Mahal ini dipotong tangannya supaya mereka tidak dapat membina lagi. Oleh itu, Taj Mahal mempunyai banyak keistimewaan dan tempat ini berdiri megah dan kekuatannya begitu dashyat tanpa tiang.
Setelah habis mengenali tentang Taj Mahal, Ustazah kami mengajar kami tentang definisi seni pula. Definisi seni menurut perspektif islam dari sudut bahasa ialah halus, tipis, enak didengar, karya yang diciptakan dengan bakat, hasil daripada sesuatu ciptaan dan kebolehan mencipta sesuatu yang indah-indah. Kata terbitan 'kesenian' membawa maksud perihal seni yang berkaitan dengan seni dan keindahan.
AL-FARABI : Seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.
AL-GHAZALI : Seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
DRS.SIDI GAZALBA : Kesenian adalah sebahagian kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima.
EUGENE JOHNSON : Seni (art) sebagai kemahiran. Dari segi istilah ilmu kebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.
Seni juga mempunyai pembahagiaannya. Pembahagian Seni terbahagi kepada empat iaitu :
PENDENGARAN : Muzik, Deklamasi Puisi, Prosa, Seni Suara
PENGLIHATAN : Seni lukis, Seni hias, Seni bina, Seni Pakaian
PENDENGARAN & PENGLIHATAN : Drama, Tablo, Teater, Filem
PEMBACAAN : Puisi, Prosa
Seni Islam mempunyai bentuk ciptaan yang mengandungi estetik yang berpadu dengan nilai etika Islam.
Contohnya seperti Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah / Menanti Di Barzakh- Far East
Lagu ini adalah salah satu contoh bagi lagu yang mempunyai nilai estetik dan nilai etika.
Kesimpulannya, Seni Islam terbentuk dalam acuan Islam dan jelas menzahirkan perutusan Islam. Oleh itu, seni Islam memiliki jasad dan roh. Jasad kesenian Islam mengambil bentuk dan rupa yang mempunyai kaitan langsung dengan ajaran Islam manakala roh kesenian Islam pula lebih berat lagi kaitannya dengan ajaran Islam. Malah seni Islam itu ialah intisari daripada ajaran Islam sendiri. Kedua-dua unsur jasad dan roh ini bersama-sama menyumbang kepada pembentukan identiti kesenian Islam. Dengan demikian, seni dibenarkan dalam Islam dan perkembangan ini bertepatan dengan keperluan fitrah manusia yang memerlukan seni.

•
Nilai estetik - elemen asas dalam seni.
•
Nilai etika - elemen asas dalam setiap perkara yang
berkaitan dengan Islam
•
Kesenian Islam diasaskan kepada
konsep Tauhid. Ini bermaksud, kesenian Islam berpaksikan agama dan juga
bertujuan untuk mempertingkatkan agama Islam.
Contohnya seperti Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah / Menanti Di Barzakh- Far East
Lagu ini adalah salah satu contoh bagi lagu yang mempunyai nilai estetik dan nilai etika.
Kesimpulannya, Seni Islam terbentuk dalam acuan Islam dan jelas menzahirkan perutusan Islam. Oleh itu, seni Islam memiliki jasad dan roh. Jasad kesenian Islam mengambil bentuk dan rupa yang mempunyai kaitan langsung dengan ajaran Islam manakala roh kesenian Islam pula lebih berat lagi kaitannya dengan ajaran Islam. Malah seni Islam itu ialah intisari daripada ajaran Islam sendiri. Kedua-dua unsur jasad dan roh ini bersama-sama menyumbang kepada pembentukan identiti kesenian Islam. Dengan demikian, seni dibenarkan dalam Islam dan perkembangan ini bertepatan dengan keperluan fitrah manusia yang memerlukan seni.
Comments
Post a Comment