JODOH YANG TERBAIK

JODOH TERBAIK? 






Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik?
Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya?
Di mana kebaikannya?
Bukan, saya tidak mengharapkan wanita sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna.
Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan.
Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
Di dalam al-quran sudah mengatakan bahawa, orang yang baik akan  bersama dengan orang yang baik, dan maka orang yang jahat akan  bersama  dengan dengan orang yang jahat..

Comments

Popular posts from this blog

TAK PERLU MENGEJAR CINTA MANUSIA

MEMARTABATKAN ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

SENI ITU INDAH SEINDAH ISLAM