HILANGNYA CINTA DARI RAJA
'Hilangnya seseorang akan ada penggantinya' Ayat itu sesuai untuk orang yang hilang kekasih hati dan kawan-kawan. Tapi Hilangnya seorang raja dalam hidup kita, perkataan 'Pengganti' itu tidak akan ada pengganti. Siapa raja itu? Hmm.. AYAH . Saya bukan menagih simpati dari sesiapa,tetapi saya ingin berkongsi rasa hilangnya Si Raja itu dalam hidup saya.
Bagi saya ini buat pertama kali saya rasa hilang. Hilang dia itu memang amat terasa dan dalam satu masa saya rasa tidak percaya dengan situasi yang sedang berlaku pada waktu tu. Umpama mimpi sahaja. Tetapi bila terasa air mata jatuh dipipi, hati menahan sebak, dan disentuh pelukkan ibu saya. Saya terasa perkara yang sedang berlaku itu benar,bukan dalam mimpi semata-mata. Okey, dalam hati saya terus memujuk dengan perkataan 'REDHA'.
Ayah saya sebelumnya memang sudah tunjuk tanda-tandanya. Doktor kata jantung dia dah tinggal 20%, paru-paru dah lemah, nafas dah tak banyak. Doktor kata, dia ikhtiar dah, pakai mesin apa-apa takkan jalan. Dia bagi kami cadangan untuk menyewa alat pernafasan, saya dan keluarga saya dengar cadangan doktor tuh,terus pergi cari. Ayah saya ada teringat, dia ada appoinment dengan doktor di KL untuk membuat pembedahan kecil untuk memasukkan bateri di bahagian jantung. Kami sekeluarga berkeras dengan ayah sebab doktor kata risikonya sangat tinggi. Kami juga dibagi pilihan yang amat sukar untuk dipilh sebab kalau kami bagi ayah teruskan, jantung akan berhenti, tapi kalau kami pilih tidak, ayah kami sukar untuk bernafas. Kami terus jadi kosong dan terus tak buat apa-apa keputusan untuk itu. Waktu tuh ayah saya tetap berdegil nak buat pembedahan tuh, macam-macam kami buat untuk pujuk ayah kami untuk tidak buat apa-apa pembedahan.
Ayah saya masuk hospital dari awal bulan puasa, sampai raya pun saya dan adik-beradik saya beraya dekat hospital jer. Ini pertama kali jugalah beraya kat hospital. Tapi nak buat macam mana, ayah saya masih dalam pemantauan doktor.
18 Jun 2018, masa yang dijanjikan untuk ayah saya pergi. Ayah saya meningal pada pukul 11.30 malam bersamaan 5 Syawal . Waktu ni saya tidak tahu lagi, saya sedang bekerja. Kakak saya datang tempat saya bekerja, seorang pak cik yang berkerja juga disitu datang dekat saya, dia suruh saya balik, saya peliklah juga,kenapa kena balik pulak, dia cakap ayah saya dah tak ada. Masa tuh saya anggab dia hanya bergurau. Saya nampak kakak saya, saya terus pergi dekat dia, dan saya tanya betul ke apa yang pak cik tuh cakap. Dan dia pun angguk, terus air mata aku jatuh. Saya peluk manager saya dan dia bagi saya balik.
Jenazah Ayah saya semalaman di dalam rumah, adik beradik semua balik.. Paginya pukul 10 pagi ayah disiapkan untuk bawak ke kubur. Alhamdulilah semua jiran dan adik-beradik lelaki saya uruskan semua dengan baik. Sebak melihat ayah saya, terasa pedih sangat, tengok kubur tuh dalam sangat, muat-muat badan dia. Terfikir dia sorang-sorang dalam tu dengan keadaan gelab. hmm. Tapi nak buat macam mana dia perlu ke alam barukan. Saya hanya mampu doa,doa dan doa bukan menemani.
Bila saya keseorangan saya akan teringat dan merindui dia. Saya selalu menganggap dia masih dirumah saya bersama ibu saya. Tetapi realitinya tidak. Dia hilang dari pandangan tapi tidak hilang dari hati. Iya saya akui, lepas ayah dah tak ada. Ramai yang datang menganggap mereka ayah saya, saya suka tetapi masih tidak sama ayah yang pergi tuh. Saya harap suatu hari nanti saya dapat jumpa dia di syurga. Amin.
'HILANGNYA CINTA DARI RAJA' tak semudah yang kita bayangkan.
Comments
Post a Comment