SEMPURNA ITU TERLETAKNYA DI DALAM ISLAM.
Pada hari ini kami telah diajar satu lagi topik baru iaitu Kesempurnaan Islam. Ciri-ciri Kesempurnaan Islam terdapat enam perkara iaitu Rabbani, Syumul, Sepadu dan Seimbang, Alami, Praktikal dan Fitrah. Rabbani bermaksud Islam adalah berbeza dengan gama lain yang berpandukan akal semata-mata manakala Syumul bermaksud Islam mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Seterusnya, Sepadu dan Seimbang bermaksud Islam bersifat sepadu dan seimbang serta mempunyai kaitan antara satu sama lain manakala Alami bermaksud universal kerana ia meliputi semua tempat, masa dan bangsa. Akhir sekali, Praktikal bermaksud Islam bukan agama teori sahaja, tetapi ia bersifat ideal dan realistik (bukan fantasi) manakala Fitrah pula bermaksud Islam adalah agama fitrah (naluri asal manusia yang diciptakan Allah yang bersih daripada semua bentuk pencemaran).
Setelah kami mempelajari tentang ciri-ciri Kesempurnaan Islam. Kami pula telah diberikan tugas untuk menjawab soalan forum di CIDOS yang bertemakan Budaya Bercouple. Kami perlu mengeluarkan sedikit pendapat tentang budaya itu.
Setelah kami mempelajari tentang ciri-ciri Kesempurnaan Islam. Kami pula telah diberikan tugas untuk menjawab soalan forum di CIDOS yang bertemakan Budaya Bercouple. Kami perlu mengeluarkan sedikit pendapat tentang budaya itu.
Setelah selesai kami menjawab forum, kami diberikan lagi tugas untuk membuat satu pembentangan tentang IDEOLOGI. Bahasa 'ideo' bermaksud pemikiran, khayalan, konsep, keyakinan dan lain-lain. 'Logi' bermaksud logik, ilmu pengetahuan mengenai logik. Istilah Ideologi mengandungi keyakinan dan gagasan yang ditaati oleh sesuatu kelompok, suatu kelas sosial, satu bangsa atau sesuatu rasa tertentu. Definisi lainnya adalah pandangan pemikiran manusia tentang hidup dan kehidupan. Contoh Ideologi adalah nasionalisme, sekularisme, hedonisme, kapitalisme, pluralisme, liberalisme dan ajaran sesat. Kumpulan 1 telah membentangkan tentang SEKULARISME.
Selepas itu adalah kumpulan kami. Kumpulan kami perlu membentangkan tentang PLURALISME.
Setelah kami membentangkan, maka kumpulan 3 membentangkan tentang LIBERALISME.
Dan akhirnya kumpulan 4 perlu membentangkan tentang AJARAN SESAT. Setelah pembentangan, kami semue akhiri pelajaran kami dengan surah tasbih Qifarah dan surah Al-As.
Inilah ape yang kami pelajari pada hari ini.
'ALLAH KNOWS WHAT IS THE BEST FOR YOU AND WHEN IT'S BEST FOR YOU TO HAVE IT'
Comments
Post a Comment