SETIAP JAM, MINIT, SAAT YANG BERHARGA
Pada hari ini, kelas kami iaitu DRG2B telah ditayangkan sebuah video yang bertopikkan Gambaran Hari Qiamat. Gambaran Hari Qiamat yang ditayangkan memberikan kesan yang amat besar untuk kami bahawa besarnya Kekuasaan Allah yang tiada tandingannya. Ustazah kami mengatakan bahawa benda yang kami tidak dapat lihat mempunyai kuasa yang amat besar daripada benda yang kami dapat lihat contohnya seperti Allah kerana kami tidak dapat melihat kekuasaanNya tetapi kami dapat merasaiNya di mana-mana sahaja. Allah akan sentiasa membuktikan kekuasaanNya kepada seluruh umat Islam agar kita akan sentiasa percaya akan kewujudanNya. Sesungguhnya masa bagi setiap umat Islam adalah sangat berharga untuk beriman kepada Allah supaya Allah akan sentiasa melindungi kita daripada segala halangan dan cabaran. Kita perlu menggunakan masa yang diberikan ini dengan mengamalkan cara hidup yang betul.
“Hari Qiamat yang amat menggemparkan (1). Apakah Hari Qiamat yang amat menggemparkan itu ? (2).Dan tahukah engkau apakah Hari Qiamat yang amat menggemparkan itu ? (3).Pada hari itu, manusia seperti kelkatu yang terbang bertempiaran (4).Dan gunung-ganang (berterbangan) seperti bulu-bulu yang dibusarkan (5).Barang siapa yang berat timbangan amalan (kebaikan) nya (6).Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yang senang-lenang (di syurga) (7).Dan barang siapa yang ringan timbangan amalan (kebaikan) nya (8).Maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiyah (9).Dan tahukah engkau apakah Neraka Hawiyah itu ? (10).Itulah Neraka yang apinya sangat panas dan pijar (11).”
Surah Al-Qari'ah - سُوۡرَةُ القَارعَة
Surah 101: Surah Qiamat Yang Menggemparkan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡقَارِعَةُ (١) مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٣) يَوۡمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ ڪَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ (٤) وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ ڪَٱلۡعِهۡنِ ٱلۡمَنفُوشِ (٥) فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا هِيَهۡ (١٠) نَارٌ حَامِيَةُۢ (١١)
Comments
Post a Comment