POKOK DAN MANUSIA

Kelas kami dimulai dengan bacaan doa dan tasbih khifarah. Ustazah kami telah memainkan sebuah video bagi memulakan kelas kami. Video tersebut adalah video tentang 99 nama Allah.





Setelah video ini ditayangkan, maka dengan ini kelas kami bermula dengan topik yang kami akan pelajari pada hari ini iaitu Struktur Islam dan Pecahan Struktur Islam. Struktur Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak. Aqidah adalah Iman, Syariah adalah Islam manakala Akhlak adalah Ehsan. Aqidah kita ialah percaya kepada Allah, percaya kepada Malikat, percaya kepada Kitab, percaya kepada Rasul, percaya kepada Qiamat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Syariah pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Muamalat dan Ibadah. Muamalat dari segi Am adalah Jihad, Politik, Khilafah, Jenayah dan Kenegaraan manakala mualamat dari segi khas ialah Munakahat yang bermaksud perkhawinan. Ibadah pula dari segi Am ialah peraturan tidak tetap dan dari segi Khas ialah Taharah, Solah, Zakat, Puasa dan Haji. Seterusnya Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu Khaliq (pencipta) dan Makhluk (yang dicipta). Khaliq adalah cinta sepenuh hati kepada Allah, yakin dengan kuasa Allah, redha dengan takdir Allah, sabar atas ujian dari Allah, berharap akan rahmat Allah dan Rindu pada Allah. Makhluk pula adalah berakhlak sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan alam. Kami mempelajari tentang struktur Islam dengan lebih lanjut lagi apabila Ustazah kami memberikan kami satu tugasan ringkas iaitu melukis sebuah pokok yang mewakili Aqidah, Syariah dan Akhlah kita seperti rajah di bawah :




Ini adalah contoh tugasan yang perlu kami buat. Ini adalah hasil pokok yang kami lukis sebagai Aqidah, Syariah dan Akhlak kami.





Selepas selesai melukis pokok, kami perlu membuat pembentangan tentang pokok tersebut dan menerangkan setiap peranan yang telah dilabelkan.





Daripada apa yang kami pelajari hari ini, kami telah sedar bahawa pentingnya Aqidah, Syariah dan Akhlak untuk menjadi seorang insan yang sempurna dari segi Agama Islam.




''ORANG YANG BERJAYA ADALAH YANG LEBIH PANTAS MENYAMBUT PANGGILAN SOLAT DARIPADA PANGGILAN TELEFON''


Comments

Popular posts from this blog

TAK PERLU MENGEJAR CINTA MANUSIA

MEMARTABATKAN ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

SENI ITU INDAH SEINDAH ISLAM