Posts

Showing posts from July, 2018

POKOK DAN MANUSIA

Image
Kelas kami dimulai dengan bacaan doa dan tasbih khifarah. Ustazah kami telah memainkan sebuah video bagi memulakan kelas kami. Video tersebut adalah video tentang 99 nama Allah. Setelah video ini ditayangkan, maka dengan ini kelas kami bermula dengan topik yang kami akan pelajari pada hari ini iaitu Struktur Islam dan Pecahan Struktur Islam. Struktur Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak. Aqidah adalah Iman, Syariah adalah Islam manakala Akhlak adalah Ehsan. Aqidah kita ialah percaya kepada Allah, percaya kepada Malikat, percaya kepada Kitab, percaya kepada Rasul, percaya kepada Qiamat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Syariah pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Muamalat dan Ibadah. Muamalat dari segi Am adalah Jihad, Politik, Khilafah, Jenayah dan Kenegaraan manakala mualamat dari segi khas ialah Munakahat yang bermaksud perkhawinan. Ibadah pula dari segi Am ialah peraturan tidak tetap dan dari segi Khas ialah Taharah, Solah, Zakat, P...

MEMARTABATKAN ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

Image
Kami telah diberikan topik untuk dibincangkan bersama dan tajuk bagi topik yang diberikan kepada kami adalah 'Tanggungjawab Remaja Memartabatkan Islam'. Sebaik sahaja kumpulan kami menerima topik tersebut, kami telah bekerjasama mencari maklumat dan idea kami tentang topik ini di Cafe Politeknik Ibrahim Sultan. PERTAMA adalah remaja islam haruslah meningkatkan kefahaman terhadap agama islam. Sebagai contoh, remaja boleh mendapatkan teladan dari Nabi Muhammad S.A.W kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah salah satu contoh bagi setiap umat islam yang ingin menjalani kehidupan yang sempurna. Remaja boleh mengenali cara kehidupan Nabi Muhammad untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam agama Islam seperti mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W iaitu memulakan sesuatu perkara dengan niat dan bacaan bismillah. KEDUA  adalah remaja perlu mempelajari ilmu agama yang tepat dan jelas namun di waktu yang sama tidak meninggalkan bidang pengkhususan masing-masing. Ini adalah untuk me...

SETIAP JAM, MINIT, SAAT YANG BERHARGA

Image
Pada hari ini, kelas kami iaitu DRG2B telah ditayangkan sebuah video yang bertopikkan Gambaran Hari Qiamat. Gambaran Hari Qiamat yang ditayangkan memberikan kesan yang amat besar untuk kami bahawa besarnya Kekuasaan Allah yang tiada tandingannya. Ustazah kami mengatakan bahawa benda yang kami tidak dapat lihat mempunyai kuasa yang amat besar daripada benda yang kami dapat lihat contohnya seperti Allah kerana kami tidak dapat melihat kekuasaanNya tetapi kami dapat merasaiNya di mana-mana sahaja. Allah akan sentiasa membuktikan kekuasaanNya kepada seluruh umat Islam agar kita akan sentiasa percaya akan kewujudanNya. Sesungguhnya masa bagi setiap umat Islam adalah sangat berharga untuk beriman kepada Allah supaya Allah akan sentiasa melindungi kita daripada segala halangan dan cabaran. Kita perlu menggunakan masa yang diberikan ini dengan mengamalkan cara hidup yang betul. Surah Al-Qari'ah - سُوۡرَةُ القَارعَة Surah 101: Surah Qiamat Yang Menggemparkan بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّح...